H y a t t e D e s i g n

Kelas Jahitan | E-Jahitan | Khidmat Kami | Links | Hubungi Kami | Promosi dan Terbaru | Aktiviti | Pakej Program | Smocking dan Pakaian Kanak-Kanak | Kelas Solekan | Kelas Masakan | Gubahan dan Kraftangan

Pengenalan

Hyatte Design (HD) diilhamkan sempena nama pengasasnya dan didaftarkan dibawah Hyatte Resources Sdn Bhd ( 632266-A) semenjak Oktober 2003.
 
Antara aktiviti yang dijalankan seperti Kelas Jahitan, Solekan dan Gubahan Kraftangan. Semua aktiviti ini mampu membantu setiap individu mendapatkan kemahiran tertentu dan berupaya menjadi penyumbang tenaga mahir dalam bidang seni tersebut.
 
HD berharap dengan aktiviti dan kelas yang HD anjurkan ini akan membantu individu yang bekerja makan gaji kearah bekerja sendiri serta memperkayakan rekaan seni tanah air. 

100-0089_img.jpg
Aktiviti kraftangan - Tote Bag dari Ribbon Embroidery

s11.jpg
Aktiviti solekan - Teknik Solekan Muka oleh Makeup Artist

Yang Terbaru?

Atas permintaan ramai, kami melangkah maju kehadapan dengan aktiviti terbaru kami iaitu JAHITAN ONLINE. Jahitan online diadakan bertujuan agar individu yang berada jauh dari lokasi kami mampu belajar dan menerima nota-nota dan teknik jahitan melalui e-mail. Nota-nota kami amat padat dan disusun serta diolah agar peserta dapat memahaminya dengan mudah.

 

102-0261_img.jpg
Jahitan Langsir dan Hiasan Dalaman

Anda boleh mempelajari Jahitan Pakaian Wanita, Pakaian Lelaki, Pakaian Kanak-kanak, Jahitan Smocking serta Jahitan Langsir dan Hiasan Dalaman melalui jarak jauh tetapi pantas dan cepat. Kami mempunyai kepakaran dalam melakarkan rajah dan illustrasi serta penerangan yang jelas untuk menerangkan teknik-teknik jahitan agar yang tiada asas jahitan juga mampu memahaminya.
 

Ia juga sesuai bagi anda yang bekerja dan tidak mempunyai masa untuk ke kelas jahitan, anda tidak perlu lagi membuang masa untuk ke kelas. Hanya klik di Internet, anda akan dapat ilmu yang ingin dipelajari.

sweetnadhira.jpg

Jahitan Pakaian Smocking

Sebarang pertanyaan sila email ke hyatte_design@yahoo.com.sg
atau hubungi 012-3817292 untuk keterangan lanjut. 

Kemahiran ke arah Bekerja Sendiri