H y a t t e D e s i g n

Kelas Solekan dan Andaman

Kelas Jahitan | E-Jahitan | Khidmat Kami | Links | Hubungi Kami | Promosi dan Terbaru | Aktiviti | Pakej Program | Smocking dan Pakaian Kanak-Kanak | Kelas Solekan | Kelas Masakan | Gubahan dan Kraftangan

Hyatte Design turut menganjurkan Bengkel Kecantikan bagi melatih individu yang ingin menceburkan diri dibidang kecantikan. Setiap peserta yang menyertai bengkel ini akan diberi latihan dan pendedahan mengenai kesihatan dan penjagaan diri, urutan muka serta facial mengikut jenis kulit dan solekan termasuk solekan pengantin.
 
Program bengkel ;

A.  ‘Slimming program‘ yang terbukti berkesan.

  • Asas kesihatan dan penjagaan diri untuk kekal sihat dan cantik. Bagaimana untuk mengekalkan bentuk badan yang menarik disamping memperkenalkan berberapa program untuk menguruskan badan.

B.  Urutan muka dan facial.

  • Memperkenalkan urutan muka dan facial mengikut jenis-jenis kulit. Mengenal pasti jenis-jenis kulit seperti kulit normal, kulit berminyak, kulit kering dan kulit sensitive.

C.  Solekan dan asas Andaman.

  • Teknik dan proses solekan yang betul. Bagaimana membentuk kening, membuat pembayang mata, membentuk bibir, serta mempelajari pilihan warna make up untuk disuaikan dengan warna baju.

Proses Pembelajaran

Para peserta akan diberikan pendedahan teori selama 4 hingga 6 minggu, dimana bengkel teori akan diadakan setiap hari Sabtu/Ahad pada setiap minggu (3.00 – 6.00 petang). Bagi sessi facial dan solekan, 2 orang akan dipilih sebagai model. Peserta akan diberi penerangan tentang proses-proses facial dan solekan oleh pakar kecantikan yang berpengalaman.

Seterusnya setelah selesai bengkel teori selama 6 minggu, bengkel praktikal akan diadakan bertujuan untuk memahirkan peserta disamping mengimplementasikan teori yang dipelajari selama 4-6 minggu ke atas diri atau model masing-masing. Diakhir sessi, para peserta yang ingin memulakan kerjaya sebagai perunding kecantikan akan diberi panduan dan tunjuk ajar bagaimana untuk mendapatkan pelanggan dan siapakah yang bakal menjadi pelanggan anda.

 

Pendaftaran                : RM 85

Yuran Bengkel            : RM 50

Peralatan make up      : Sendiri

 Hubungi hyatte_design@yahoo.com.sg untuk pendaftaran.

 

Teknik Solekan Untuk Ke Pejabat.

picture1.jpg

Solekan Wanita Berkerjaya.
Ibu beranak dua, usia pertengahan 40an dan seorang yang berkerjaya.
 
Langkah pertama sapuan bedak asas. Bedak asas sebaiknya disapukan setelah 10-15 minit pelembab (moisturiser) diratakan ke muka. Gunakan cotton bud..calitkan bedak asas ke dahi, dagu kedua pipi dan hidung, seeloknya gunakan warna asas yang lebih gelap atau sama dengan warna kulit kita. Sapukan rata-rata ke muka

picture2.jpg

Membentuk Wajah.
 
Sebelum menyapu 'loose powder', pastikan bahagian tepi hidung dan bawah tulang pipi diletakkan 'foundation' yang lebih gelap warnanya. Ini untuk membentuk hidung dan mengurangkan bentuk bulat muka (untuk wajah berbentuk bulat). Bagi sapuan 'loose powder' seeloknya gunakan berus sapuan loose powder..sapukan rata-rata ke muka. Pilih warna yang lebih gelap atau sama dengan warna kulit.

picture3.jpg

Membentuk Wajah

Wajah seseorang boleh dibentuk dengan teknik sapuan bedak asas yang betul. Misalnya mengurangkan bentuk dagu yang runcing, bahagian ini perlu disapukan dengan warna bedak asas yang lebih gelap dari bahagian muka yang lain.

picture4.jpg

Membentuk Wajah.

Masih dengan teknik membentuk wajah, bentuk muka bulat boleh dikurangkan dengan menyapu warna (bedak asas) yang lebih gelap dari bahagian lain.
 
Nak belajar teknik-teknik selanjutnya, mari daftar dengan kami untuk bersama-sama mengikuti kelas solekan ini.

Kemahiran ke arah Bekerja Sendiri