Yang Terbaru?
Atas permintaan ramai, kami melangkah maju kehadapan dengan aktiviti terbaru kami iaitu JAHITAN
ONLINE. Jahitan online diadakan bertujuan agar individu yang berada jauh dari lokasi kami mampu belajar dan menerima
nota-nota dan teknik jahitan melalui e-mail. Nota-nota kami amat padat dan disusun serta diolah agar peserta dapat memahaminya
dengan mudah.

|
Jahitan Langsir dan Hiasan Dalaman |
Anda boleh mempelajari Jahitan Pakaian Wanita, Pakaian Lelaki, Pakaian Kanak-kanak, Jahitan Smocking
serta Jahitan Langsir dan Hiasan Dalaman melalui jarak jauh tetapi pantas dan cepat. Kami
mempunyai kepakaran dalam melakarkan rajah dan illustrasi serta penerangan yang jelas untuk menerangkan teknik-teknik
jahitan agar yang tiada asas jahitan juga mampu memahaminya.
Ia juga sesuai bagi anda yang bekerja dan tidak mempunyai masa untuk ke kelas jahitan, anda tidak
perlu lagi membuang masa untuk ke kelas. Hanya klik di Internet, anda akan dapat ilmu yang ingin dipelajari.

Jahitan Pakaian Smocking
|